FOREX
bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini
di samping tidak lupa untuk berdoa kpd tuhan. Setelah kita mempelajari teknik2,
kita berusaha utk memahaminya. setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba
menggunakan virtual money semasa trading sbg latihan. jgn gusar dgn keadaan
market, bertawakal setelah membuat keputusan. insya Allah kalau rezeki tak ke
mana. Jika tiada ilmu, maka jadilah forex seperti taruhan atau perjudian. Prof.
Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Dalam bukunya Kapita Selecta
Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing) diperbolehkan
dalam hukum islam. Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan
barang-barang keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international.
Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat pembayara iaitu WANG
yang mana setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama
lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut
sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara. Perbezaan nilai
mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat
international dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling
menguntungkan. Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah
berubah (berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya.
Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang.
Secara jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang nilainya berbeza. HUKUM
ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING 1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian
untuk memberi dan menerima * Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar
tunai. * Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan. * Pembeli
dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan
tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat) 2. Memenuhi syarat
menjadi objek transaksi jual-beli yaitu: * Suci barangnya (bukan najis) * Dapat
dimanfaatkan * Dapat diserahterimakan * Jelas barang dan harganya * Dijual
(dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya * Barang
sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan. Manakala
pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama
dengan berdalilkan لاتشترواالسمك
فیالماءفاءنه غرد “Jangan kamu membeli ikan
dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi
penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud) Jual beli
barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus
diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai
dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya. Tetapi jika tidak sesuai
maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau membatalkan
jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu
Hurairah: من سترئ شيتالم يرهفله
الخيارإذاراه “Barang
siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika
ia telah melihatnya”. Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti
kentang, bawang dan sebagainya juga diperbolehkan, asalkan diberi contohnya,
kerana akan mengalami kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua
hasil tanaman yang terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan kaedah hukum
Islam: المشقة تجلب التيسر Kesulitan itu menarik kemudahan. Demikian
juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti makanan
dan sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit.
hal. 135. Mengenai teks kaedah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi,
Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55. JUAL BELI
MATAWANG ASING DAN SAHAM Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang
luar negeri seperti dolar Amerika, Poundsterling,Euro, Dollar Australia,
Ringgit Malaysia dan sebagainya. Apabila antara negara terjadi perdagangan
international maka setiap negara memerlukan matawang asing sebagai alat
pembayaran luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut devisa. Misalnya
eksport Malaysia akan memperolehi pendapatan dari hasil eksportnya, sebaliknya
import Malaysia memerlukan hasil untuk mengimport dari luar negeri. Dengan
demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang asing. Setiap
negara berwenang penuh menetapkan nilai wangnya masing-masing (nilai adalah
perbandingan nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1 dolar Amerika =
RM 3.70. Namun perbandingan nilai tukar setiap saat boleh berubah-ubah,
tergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing. Pencatatan kurs uang dan
transaksi jual beli matawang asing yang diselenggarakan di Bursa Matawang Asing
(A. W. J. Tupanno, et. al. Ekonomi dan Koperasi, Jakarta, Depdikbud 1982, hal
76-77)
Kamis, 01 Mei 2014
HUKUM FOREX DALAM ISLAM
Suka ·
0 komentar:
Posting Komentar